Alhamdulillah pada 25 November 2018 (Ahad) bermulanya kembara kami berlima ke bumi Eropah. Kami akan ke Britain, France, Netherland, Belgium, Germany & Switzerland. Ibu x berkesempatan untuk update blog nie on time, baru sekarang dapat share the memorable experience.
Perancangan kami sekeluarga selama setahun untuk menjelajah bumi Eropah tercapai juga pada penghujung November 2018. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabatku Mashi (u know who you are) yang telah merealisasikan impian kami ini dengan trip yang superb plus travelmates yang gempak abis.
Sebenarnya banyak ups & down yang terpaksa kami hadapi b4 trip. Antara yg paling ketara adalah bila last minute husband kata xleh nap join the trip since 1 (out of 5) of his lecturer x bagi kebenaran. Time nie mmg cuak giler sambil memikirkan camner aku nak handle anak2 syurga kami nie. Dipendekkan citer husband aku pegi jugak dan redha jer dengan apa jua tindakan yang bakal diambil.
So, starting lepas ghaya mulalah episod membuat persediaan sewajarnya untuk trip nie. Nak kena cari winter jacket, long john, winter boots dan macam2 lagi. Tapi nak travel nyer pasal mmg sanggup la sebab nanti boleh guna lagi. Makin dekat tarikh nak pegi makin banyak barang plak yang xcukup nyer. Tambah2 untuk si kecik tomei tu. Punyalah susah ibu nak cari winter jacket untuk Adik tau x. Merata2 mall kita merayap sampai last skali jumpa kat GHPO, sib baik ada dan bersyukur sangat2. Mana x risau nyer, kalau Adik sejuk xleh nak bgtau kat ibu. Kakak ngan abang xper la @least boleh bgtau ibu x tahan sejuk. Bila dah tinggal seminggu nak fly ibu dah start pening nak packing bag. Kita decide nak bawa 2 luggage besar dan 1 medium untuk kita berlima. Selagi x sampai D day memang luggage nie keluar masuk jer. Hahhahahhah tension jer ayah sebab ibu bukak tutup bag berkali-kali. Mana tak nyer ada jer barang nak tambah dan nak keluarkan balik sebab nak kurangkan berat la konon. Sampai ke hari yang nak fly ibu masih lagi packing bag :) x sudah2. Agaknya selagi x sampai masa terbang mmg kerja ibu xkan selesai :). Apa2 pon ibu enjoy ya !!!
PERSEDIAAN SEBELUM TRAVEL:
1. PASSPORT (Wajib & make sure masih valid @least 6 months selepas balik ke Malaysia). Kalau bawak baby & muka day berubah so kena pegi imigresen untuk masukkan gambar anak yang terkini. Si kecik ibu masa mula2 buat passport umur 36 hari dan sekarang dia dah setahun & muka memang berubah sangat la.
2. PAKAIAN YANG BERSESUAIAN. Kitorang pegi masa nak winter so memang kena sediakan winter jacket, long john (thermal wear) secukupnya especially kalau bawak budak, winter boots dan kasut yang bersesuaian untuk jalan2 kat sana nanti, baju yang bersesuaian untuk lapis dalam, gloves, thermal stockings secukupnya dan attire lain yang dirasakan perlu.
3. UBAT adalah compulsory sekiranya on medication. Kalau boleh bawa ubat yang prescribed by doctors. Kami bawak ubat demam, batuk dan selsema (risaukan anak2 sebab perubahan cuaca) dan mungkin ubat kat sana x sesuai untuk kita. Xpon fikir kang nanti susah plak nak mencari pharmacy so apa salahnya kalau sediakan payung sebelum hujan. Satu lagi jangan lupa lip gloss dan petroleum jelly atau apa2 jenis cream yang boleh melembapkan kulit.
4. MAKANAN tambahan sekiranya perlu bawak la jugak yer. Yang paling famous orang akan bawak ialah Maggi. Kami pon bawak jugak Maggi pelbagai perisa untuk cater keperluan ayah, ibu dan anak2 sekiranya kelaparan kat sana nanti (maklumlah sejuk2 cepat lapar). Selain tu bawak la juga Milo 3in1 dan apa2 saja 3in1 yang nak dibawa. Memandangkan kami memang dah order makanan (dinner) untuk anak2 kat sana sepanjang trip nie so xder la byk sangat makanan tambahan yang perlu dibawa. Spare duit lunch untuk semua tapi dinner untuk ibu dan ayah saja. Pada yang bawa anak kecik, susu formula anak adalah compulsory. Kitorang memang standby bawak susu 1 packet (650g) each for abang & adik. Nak dijadikan cerita susu adik abis sepeket pada hari ke 7 kami kat sana. Mungkin sebab sejuk so adik cepat lapar & asyik menyusu jer. Kami masa tu kat Frankfurt, Germany, punyalah susah nak carik susu adik sebab tempat yang kitorang singgah memang tempat tourist so Family Mart @ 7E memang xder jual susu dia. Dah la susah nak communicate ngan diorang sebab diorang x guna English adusssss. Macam2 sign language ibu guna untuk make sure susu yang dibeli betul dan bersesuaian untuk umur adik (kat kotak @tin susu pon bahasa German yer). Dapat juga la ibu beli susu untuk adik brand Aptamil Pronutra (ntah apa2 namanya which is kat Malaysia memang x jumpa). Sib baik adik minum tanpa sebarang keraguan phewwww walaupon ibu is cuak pada mulanya - belasah jer la adik :)
5. DUIT BELANJA untuk kegunaan di sana. Memandangkan kami pergi ikut pakej makanya hanya perlu bawa duit untuk makan dan shopping for souvenirs (sekiranya nak :). Hotel dan makan pagi dah termasuk dalam pakej. Mesti korang nak tau berapa banyak kami tukar duit kan??? Kami bawa £500, €1,500 & Swiss Franc 100. All in semua dekat RM9k. Duit nie memang kitorang guna untuk makan dan beli souvenirs.
6. MISC - Since negara2 yang akan dilawati kebanyakan toiletnya xder paip air, so please prepare water bottle @apa cara sekalipon to ensure kita ada air untuk sebarang urusan kecik dan besar :). As for us yang bawak anak kecik so pampers anak is a must sebab kat sana mahai sangat (sekiranya anak masih pakai pampers), international plug, slipper (senang nak g toilet untuk solat bila kat luar) dan simcard yang boleh dibeli kat vending machine di Heathrow Airport. Kami beli simcard kat online Hello1010 & valid for a month dengan 12GB data so memadai untuk kegunaan sepanjang disana sampai balik pon data masih banyak. Boleh jer kalau nak roaming Celcom (since kami guna Celcom) tapi cam x berbaloi plak sebab RM38/per day x 12 days, banyak gak tu. Kad yang kitorang beli nie satu RM140 jer valid sebulan dan 2 simcard baru RM280. Buatlah pilihan yang terbaikkkk !!! Pilihan di tangan anda.
Since semua dah ada, so let's enjoy the trip to the fullest ….
Since semua dah ada, so let's enjoy the trip to the fullest ….
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Kami semua diminta untuk berkumpul di KLIA pada 25th Nov 2018 @6pm Kaunter M18 (kalau x salah) untuk group check-in luggage since kami akan menaiki Oman Air untuk ke London. @ last ibu berjaya juga untuk sediakan luggage seperti yang telah dipersetujui. Tadaaaaaa ….
Lepas selesai check-in, kami terus ke International Terminal untuk boarding. Sebelum tu solat jamak siap2 sebab nanti transit kat Muscat takut x sempat plak. Kami transit kat Muscat, Oman @12 am (agak2 sebab actual time x hengat) … Connecting flight to London kul 2 am. For those yang naik transit kat Muscat horror sikit sebab security check sampai kita nak boarding flight yer. Abis semua kena bukak setiap kali check (2 kali kalau x salah). Sib baik depan pintu flight dah xdak kalau x memang huru hara dibuatnya. Kitorang dijangka tiba di Heathrow Airport @5.15 am waktu London. Safe journey to us …..


No comments:
Post a Comment