Thursday, 5 July 2018

DAY 2


Hari ke-2 kami bermula seawal jam 8 pagi. Selepas breakfast ala kadar di hotel (yer ker ala kadar-ada nasi goreng cina, meehoon goreng versi cina, sayur2an, roti2an, buah2an, teh cina n air soya panas yg ku sangkakan susu panas) maka kami pon memulakan episod ronda sini ronda sana ...


Anakku bersemangat sekali ...

Destinasi pertama kami ialah SUMMER PALACE yang merupakan istana Maharaja China semasa Musim Panas. 

 

Pintu masuk ke Summer Palace ...

 

Guide kami sepanjang di Beijing ialah Mr Terry yang sangat fasih berbahasa Melayu Indonesia. Dia sepanjang masa pegang bendera hijau yang menunjukkan tour agency berkaitan serta muslim package. So, pls enjoy the momentos yang sempat dirakam di Summer Palace.

 

Atas jambatan dalam Summer Palace
Sayup jer gambo istana Maharaja sbb masih berkabus ....

Pavillion tempat org wat persembahan - kebetulan masa nie tgh berkumandang lagu Bollywood plak !

 

Mr Terry bagitau kat sini ada tasik buatan yang mmg dibina sebagai penghubung antara Summer Palace dan juga Forbidden City (Istana Maharaja sewaktu musim sejuk) .... so, bila berubah musim maka berpindahlah maharaja menggunakan jalan air ini. Best nyer maharaja ada istana ikut musim plak. Kat sini jugak ada banyak makcik2 tua yang beriadah for sure la Taichi kan. Orang Cina mmg kuat bersenam, sampai ke tua pon masih bersenam untuk kesihatan. Peringatan untuk diri sendiri yang bersenam setahun sekali opppssss :) 

 

 

Destinasi seterusnya ialah ke Fresh Water Pearl Center, dkt jer ngan Summer Palace nie ... Pearl yang dijual disini dihasilkan oleh tiram-tiram yg diternak kat tasik buatan di Summer Palace.

Penuh ngan kitorg jer hehhehe
Tiram-tiram yang diternak di sini
Nie la rupa tiram yg menghasilkan mutiara yg begitu cantik ini ... Based on penerangan yg diberikan, tiram2 nie bleh menghasilkan lebih kurang 30 Fresh Water Pearl x sama cam tiram yg kat laut ada satu pearl jer ...

 

Our next destination is kedai makan. Perut dah mula berkeroncong selepas separuh hari berjalan2 sambil2 menghabiskan duit menyumbang kepada ekonomi negara China :):) So, sek fan time la ek .... Jommmmsss

Nie la makanan yg kitorang kena makan tuk lunch hari nie ... nasi yg byk kanji dan lembik (boleh dikepal2 wat bebola nasi) Nasib baik ada masakan Malaysia (serunding n sambal bilis kentang) yg dibawa oleh wife Abg Malek ... thanks akak
Mcm bersemangat nak makan coz tgk makanan byk tp xleh nak masuk sgt ... maklumlah hari pertama makan masakan cina mmg betul2 cina ...


X tau apa nama lauk nie yang pastinya ialah ayam masak something, walaupon nampak ada cili, x pedas langsung ...
kat luar restaurant nie ada org jual kacang mcm bepang kat malaysia ... tp kat sini ianya dijual ikut kilo ...ayat famous yg seringkali digunakan oleh penjual2 nie (mcm mongolian) ialah rasa, rasa, rasa ....
Nie la rupa bepang  versi cina :)

Since semua dah kekenyangan, kami dibawa plak ke Pusat kajian Herba maka dptlah kitorang urut kaki percuma sponsored by the center tapi bukannya urut pun juz picit2 sambil nak promote beli ubat herba (promote @ paksa ek?) ... mulalah Dr2 cina nie akan bg consultation mengatakan kita sakit itu dan ini then soh beli ubat herba to cure the disease sehingga ke akar umbi lebih kurang camtulah ... selagi x beli selagi tulah dia x lepaskan kaki ... bila dah beli cpt2 dia habiskan urutan ... Lagi satu, patutlah atlet2 cina semua kuat2 coz byk makan herba cina yg terbukti telah melahirkan begitu byk atlet berwibawa spt Lin Dan kuang 3x

Bergambar di depan Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba) tempat wajib yang akan dibawa oleh tourist agency

Malamnya pula, kami dibawa untuk menonton pertunjukan akrobatik Cina yang memang dahsyat. Terpegun dengan kelembutan badan mereka2 semua tu ... Great performance !!!



Selesai persembahan kami dihantar ke hotel untuk berehat dan get ready untuk hari yang lebih mencabar keesokan harinya. Alhamdulillah penat tapi kita ENJOYYYY ...

No comments:

Post a Comment