Sunday, 30 December 2018


DAY 4 - PARIS
GOOD MORNING PARIS !!!

Selamat datang ke Kota Romantika D'Amor Paris. Selain Eiffel Tower, Seine River, Champs-Elysees & Arch de Triumph xder apa yang menarik bagi kami. Mungkin sebab kitorang nie bukannya peminat fesyen makanya x begitu excited sangat la kot. Apa2 pon we really enjoy the great scenery.

Pagi nie dimulakan dengan penjelajahan Kota Romantika D'Amor Paris. Kami berpeluang melawat dan berposing sakan kat Eiffel Tower. Guys, please be extra careful when u are in Paris. Kat Eiffel Tower penuh dengan pengutip derma, diorang akan tanya kita "Do you speak English?" buat bodoh dan blah terus jangan jawab apa2 sebab once you dah engage ngan diorang macam2 kemungkinan boleh berlaku. Samada dikelilingi oleh diorang dan akan ada tangan kecil meraba sling bag kita tanpa kita sedari atau macam2 lagi cara yang x terfikir dek akal. Niat kita baik nak derma tapi malang x berbau mungkin menanti kita, apalagi kalau bukan duit kita bakal hilang OMG !!! So please take care of your belongings ya guys. ENJOY the scenery ….
LV Boutique @ Paris
Arch De Triumph
Sebenarnya kami sekumpulan sangat2lah bernasib baik coz ada rusuhan di Paris dua hari selepas tu. Time tu kami dah di Amsterdam dan tahu pasal rusuhan nie through news. Allahu kat tempat nie la jugak diorang merusuh secara besar-besaran kerana membantah kenaikan cukai harga minyak dan kos sara hidup. Sekurang-kurangnya Malaysia masih aman walaupon minyak memanjang naik tapi kita masih bertamadun. Bukannya apa kalau sampai tahap merosakkan harta benda xker lepas tu nak kena buat pembaikan semula serta memerlukan peruntukan yang amat tinggi. Nak amik mana duit nak repair kalau x daripada kenaikan harga minyak tu jugak la. So hadap jer la. 
 

Arch De Triumph merupakan Pintu Gerbang yang menghubungkan 12 jalan utama menuju ke bulatan besar ini. Kami pon x boleh stop lama kat sini. Kami ada masa 30 minit jer untuk posing maut bagai 😆😆 cukuplah tu setakat mana yang ada.


The Great Eiffel Tower
US @ Eiffel Tower
Pandangan sisi ntah apa2 😃😃😃
Lepas Eiffel Tower kami dibawa ke Gallerie La Fayyette. Tempat nie bukannya untuk orang kebanyakan cam kami so masuk dan jalan ajer ler. Semuanya barangan berjenama antarabangsa dan sudah pastinya mewah. Rasanya x semurah cam Bicester Village kot. Jalan-jalan cuti mata @ orang kampung ibu kata window shopping 😄😄😄

Nak jugak melompat 
Dayyan xder dalam gambar 
Ibu & Adik
Ayah dengan posing sengetnya
Me & my daughter Dalili muka dah boring
Galleries La Fayettes (Ladies)
Galleries La Fayettes nie ada dua blok kalau x salah … sebelah untuk ladies dan sebelah lagi untuk  gents (hermes) 😄😄😄 kami masuk pusing kat tempat ladies jer pastu terus keluar. Tak berminat nak beli apa2 pon.

Dayyan bersama Christmas Present
Abis berjimba di La Fayettes kami dibawa untuk solat kat masjid di area dekat2 sini jugak. Lupa nak bagitau, sepanjang travel nie mostly kami makan kat kedai Turki so apalagi kalau bukan kebab. Kekadang tu siap tapau untuk makan malam skali kalau rasanya super sedap. Kalau kebetulan ada nasi lagilah extra mark. Sangatlah Malaysian kan sebab kita ngan nasi x dapat dipisahkan umpama lagu dan irama gitewwwwww.

Lepas solat jamak kami trus gerak ke Seine River untuk menaiki Romantic Cruise. Lama jugak la cruise nie ingatkan kejap jer. Kenapa rasa lama? Sebab sejuk sangat2 walaupon dah pakai berlapis2. Apa2 pon view Eiffel Tower @ nite adalah super magnificent. Dengan lampu glitters cantik sangat !

Shot dari dalam bas 
Sendiri shot memang blur la 
Ganggu betoi la couple mat saleh nie
Abis jer cruise naik bas trus dibawa balik sarang kat outskirt Paris 😄😄😄. Satu pengalaman manis buat kami semua especially the cruise la.





DAY 3 - LONDON & PARIS

Hari nie last day kitorang kat London. Good bye London !!!

Kami akan menuju ke Paris merentasi Selat Inggeris dengan menaiki feri from Dover to Calais, Paris. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Trust me sepanjang perjalanan sangat mengujakan since kita akan naik ke atas lepak kat lounge yang super awesome. Tapi for those yang pening lalat kalau naik kenderaan air silalah sediakan bekalan ubat mabuk sewajarnya coz ibu memang mabuk sepanjang perjalanan so lembik sikit la walaupon x muntah.

Bagus la facility kat Port Dover nie sementara nak tunggu untuk boarding ferry. Ferry kitorang dijangka berlepas @12.30pm so we all ada ample time untuk ke toilet, coffee2 & wefie for sure. Facility yang disediakan sangatlah selesa. 
With the Pilot Mr Clark Kent








Our pilot Mr Clark Kent daripada Amsterdam. Dia akan jadi pilot kitorang sepanjang trip nie. Dia sangatlah ON TIME so please don't be late guys.
One shot before take off 💓💓








Kat dalam nie ada Burger King, Costa, Mart dan lain-lain kemudahan untuk keselesaan pengguna 👍👍👍 TERBAIK !! Kami sempat la berCosta dulu pastu ke toilet coz perjalanan masih jauh. From Calais to Paris dalam 4 jam jugak depends on traffic.
Apa motif pon xtau la

Ayah sempat amik gambar trailer baru keluar dari ferry 
Sampai jer Calais kami meneruskan perjalanan 4 jam jugak la. Terus ke sarang kami untuk 2 malam iaitu di Apparthotel Torcy, Paris. Pengalaman di hotel nie amatlah horror. Breakfast pagi bercatu weeiiii … so please take note SAY NO to this hotel. 

Saturday, 29 December 2018

DAY 2 - LONDON (Conti …)


Lepas Tower Bridge kami ke Westminster Abbey dan highlights around the area.

Tempat Kate Middleton & Prince William kahwin
Eyes of London uollls

Ibu pakai stole senang sket, as long as Adik x sejuk yer 
Actually masa nie dah nak start hujan. So, bila hujan mood untuk berjalan pon kureng la. Tambah2 bawak anak2, risau kang ada yang demam plak. Tapi since anak2 nak juga berjalan I follow. 

Ayah ngan sapa ntah Darth Vader kalau x salah 
Berlatar-belakangkan The Big Ben yang masih under construction

Ayah sempat bergambar depan Malaysia Hall
Hari nie lebih havoc bilamana kami sempat jumpa ngan Syafiq anak @kakakku Rose Iman yang menuntut di Imperial College London. Memang dah berjanji nak jumpa di Malaysia Hall sejak dari semalam. Alhamdulillah berjumpa juga kami akhirnya dengan misi membawa pulang serbuk kopi marbeles yang didam-idamkan oleh Abg Long nyer.  


Lunch @Malaysia Hall Canteen
So, lunch hari nie masakan Malaysia yer dan lagi best sebab teh tarik kat sini memang kebaboom. Walaupon harganya £1 tapi berbaloi sebab mana nak dapat yang rasa sama cam kat Malaysia oooiii. Melainkan kalau dijemput untuk ke rumah Malaysians yang dok sini la :)

Abis makan, solat then terus ke Oxford Street, shopping time. Kami gerak balik ke sarang @6pm. Mulanya ingat x sempat shopping dan nak balik kul 8pm. Pastu bila dah shopping+hujan+letih carry anak, trus decide untuk join the group & balik kul 6pm jugak. Sampai hotel trus packing bag sebab esok dah nak checkout untuk ke destinasi berikutnya iaitu Kota Romantika De Amor - PARIS !!!

Mission accomplished LONDON !!!


Fresh starts for today

DAY 2 - LONDON

Misi hari nie adalah mengunjungi London highlights seperti Tower Bridge, The Big Ben, Westminster Abbey, Buckingham Palace, River Thames, Trafalgar Square, Hyde Park dan for sure la Malaysia Hall London. 

Dengan suhu yang agak sejuk pagi nie, kami dah meramaikan area Tower Bridge nie. But please be extra careful ya sebab kat sini pick pocket merata-rata. Arini salah seorang travel mate kitorang hilang €500. Kesian hat dia dah la baru 2nd day kitorang kat sini. Let's enjoy the scenery ….

Bright & Gloomy
Tower of London
Here we are @ the Tower of London
Lama jugak la kitorang berposing kat sini. Dah xtau nak posing style apa lagi. Maklumlah bukan dilahirkan sebagai model uhuk uhuk :)

Susah nyer nak dapat perfect picture kalau ngan anak2
ME


DAY 1 - LONDON

GOOD MORNING LONDON !

Pelakon: Ayah, Ibu, Dalili, Dayyan & Darwisy 👪👫

Alhamdulillah syukur kami selamat sampai di London @5.15 am. Menunggu untuk immigration clearance then terus ke toilet untuk pakai long john for those yang belum pakai. Kenapa? Kerana lepas nie kitorang akan terus ke Bicester Village. Apa nie sampai2 terus shopping ker? Hahahahha gitew la nampak gayanya. Suhu disana hari nie adalah 7ºC dan ⛅☔ dijangka hujan juga. 

Baru sampai Heathrow posing dulu sebelum tukar attire yang sepatutnya :)

Muka ada happy … Get ready for the upcoming excitement
Ayah & Darwisy
Posto posto :)
Si kecik yang kesejukan … Tengah dok tunggu bas 

Kitorang dah get ready nak keluar nie. Kat dalam OK lagi, bila keluar jer dari airport terus menggeletar. Walaupon 7ºC sejuknya lain macam dan beragin jugak. Then kami trus ke Bicester Village perjalanan hampir 2 jam jugaklah dengan traffic nyer lagi kan. Sampai jer kat sana elok2 buka, boleh dikatakan kitorang rasmikan jugaklah. Nak juga mengaku walaupon dah ada beberapa ketul manusia kat sana :)

Kat sini lebih mencabar kerana kesejukannya terasa sampai ke tulang hitam ditambah pulak dengan angin pagi adoiiii. Sejuk yang teramat sehingga si kecik yang selalunya akan riuh rendah trus diam x berkutik dalam stroller sepanjang ibu pusing2 survey outlet2 yang menarik. Camner ibu boleh perasan adik sejuk ek?? Mana xnya bila ibu tolak jer stroller masuk dalam outlet barulah dengar suara adik. Sian kat adik yer …. Sepatutnya ibu dukung jer adik guna carrier malangnya carrier dalam luggage kat perut bas uwaaaa. Ibu ingat lagi senang guna stroller, tapi bila suhu sejuk melampau nie SSC lagi bagus rasanya. @least anak akan rasa panas ibu so x sejuk sangat. From tomorrows onwards ibu guna SSC yer.

@ Bicester Village … Nampak x ramai yang queue up untuk masuk Gucci Boutique 
Ayah yang menahan kesejukan
US get ready nak balk ke bas dah …. letih + sejuk (Si kecik ibu tengah tido)
Kami diberi masa sampai jam 1.30pm untuk shopping kat sini. So sempatlah nak lunch, window shopping & shopping sampai lemau kalau berhajat. Kalau nak tengok perkampungan Malaysian kat Bicester Village nie silalah masuk butik Clarks, Cath Kidston, Coach, Fossil, Kate Spade & MK. Butik lain pon adalah jugak tapi xlah seramai butik yang kat atas tu. Memang rasa cam Clarks kat Mitsui jer :) 

Review untuk Bicester Village, kebetulan time kami kat sini ada Black Friday Sale (BFS) so memang langkah kanan la. Berbaloi beli sebab discount up to 70% which is xkan dapat harga seumpama tu kat mana2 premium outlet kat Malaysia. Cumanya untuk Coach mungkin x semurah yang lain sebab Coach US product but still murah berbanding butik di Malaysia (ini based on apa yang dibagitau oleh Malaysian yang keja kat UK, jumpa dalam butik Coach). Apa2 pon kalau teringin nak beli silalah. Bukannya kita datang sini tiap2 tahun, terpaksa menabung nak dapat sampai ke sini pon :)  

Abis jer shopping kat sini kami terus dibawa ke hotel penginapan kitorang malam nie Travelodge Heathrow Central, Bath Road. Balik sarang yer ….. Jumpa esok !!!

~~Europe Winter Trip 2018~~


Alhamdulillah pada 25 November 2018 (Ahad) bermulanya kembara kami berlima ke bumi Eropah. Kami akan ke Britain, France, Netherland, Belgium, Germany & Switzerland. Ibu x berkesempatan untuk update blog nie on time, baru sekarang dapat share the memorable experience. 

Perancangan kami sekeluarga selama setahun untuk menjelajah bumi Eropah tercapai juga pada penghujung November 2018. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabatku Mashi (u know who you are) yang telah merealisasikan impian kami ini dengan trip yang superb plus travelmates yang gempak abis. 

Sebenarnya banyak ups & down yang terpaksa kami hadapi b4 trip. Antara yg paling ketara adalah bila last minute husband kata xleh nap join the trip since 1 (out of 5) of his lecturer x bagi kebenaran. Time nie mmg cuak giler sambil memikirkan camner aku nak handle anak2 syurga kami nie. Dipendekkan citer husband aku pegi jugak dan redha jer dengan apa jua tindakan yang bakal diambil. 

So, starting lepas ghaya mulalah episod membuat persediaan sewajarnya untuk trip nie. Nak kena cari winter jacket, long john, winter boots dan macam2 lagi. Tapi nak travel nyer pasal mmg sanggup la sebab nanti boleh guna lagi. Makin dekat tarikh nak pegi makin banyak barang plak yang xcukup nyer. Tambah2 untuk si kecik tomei tu. Punyalah susah ibu nak cari winter jacket untuk Adik tau x. Merata2 mall kita merayap sampai last skali jumpa kat GHPO, sib baik ada dan bersyukur sangat2. Mana x risau nyer, kalau Adik sejuk xleh nak bgtau kat ibu. Kakak ngan abang xper la @least boleh bgtau ibu x tahan sejuk. Bila dah tinggal seminggu nak fly ibu dah start pening nak packing bag. Kita decide nak bawa 2 luggage besar dan 1 medium untuk kita berlima. Selagi x sampai D day memang luggage nie keluar masuk jer. Hahhahahhah tension jer ayah sebab ibu bukak tutup bag berkali-kali. Mana tak nyer ada jer barang nak tambah dan nak keluarkan balik sebab nak kurangkan berat la konon. Sampai ke hari yang nak fly ibu masih lagi packing bag :) x sudah2. Agaknya selagi x sampai masa terbang mmg kerja ibu xkan selesai :). Apa2 pon ibu enjoy ya !!!

PERSEDIAAN SEBELUM TRAVEL:
1. PASSPORT (Wajib & make sure masih valid @least 6 months selepas balik ke Malaysia). Kalau bawak baby & muka day berubah so kena pegi imigresen untuk masukkan gambar anak yang terkini. Si kecik ibu masa mula2 buat passport umur 36 hari dan sekarang dia dah setahun & muka memang berubah sangat la. 

2. PAKAIAN YANG BERSESUAIAN. Kitorang pegi masa nak winter so memang kena sediakan winter jacket, long john (thermal wear) secukupnya especially kalau bawak budak, winter boots dan kasut yang bersesuaian untuk jalan2 kat sana nanti, baju yang bersesuaian untuk lapis dalam, gloves, thermal stockings secukupnya dan attire lain yang dirasakan perlu. 

3. UBAT adalah compulsory sekiranya on medication. Kalau boleh bawa ubat yang prescribed by doctors. Kami bawak ubat demam, batuk dan selsema (risaukan anak2 sebab perubahan cuaca) dan mungkin ubat kat sana x sesuai untuk kita. Xpon fikir kang nanti susah plak nak mencari pharmacy so apa salahnya kalau sediakan payung sebelum hujan. Satu lagi jangan lupa lip gloss dan petroleum jelly atau apa2 jenis cream yang boleh melembapkan kulit. 

4. MAKANAN tambahan sekiranya perlu bawak la jugak yer. Yang paling famous orang akan bawak ialah Maggi. Kami pon bawak jugak Maggi pelbagai perisa untuk cater keperluan ayah, ibu dan anak2 sekiranya kelaparan kat sana nanti (maklumlah sejuk2 cepat lapar). Selain tu bawak la juga Milo 3in1 dan apa2 saja 3in1 yang nak dibawa. Memandangkan kami memang dah order makanan (dinner) untuk anak2 kat sana sepanjang trip nie so xder la byk sangat makanan tambahan yang perlu dibawa. Spare duit lunch untuk semua tapi dinner untuk ibu dan ayah saja. Pada yang bawa anak kecik, susu formula anak adalah compulsory. Kitorang memang standby bawak susu 1 packet (650g) each for abang & adik. Nak dijadikan cerita susu adik abis sepeket pada hari ke 7 kami kat sana. Mungkin sebab sejuk so adik cepat lapar & asyik menyusu jer. Kami masa tu kat Frankfurt, Germany, punyalah susah nak carik susu adik sebab tempat yang kitorang singgah memang tempat tourist so Family Mart @ 7E memang xder jual susu dia. Dah la susah nak communicate ngan diorang sebab diorang x guna English adusssss. Macam2 sign language ibu guna untuk make sure susu yang dibeli betul dan bersesuaian untuk umur adik (kat kotak @tin susu pon bahasa German yer). Dapat juga la ibu beli susu untuk adik brand Aptamil Pronutra (ntah apa2 namanya which is kat Malaysia memang x jumpa). Sib baik adik minum tanpa sebarang keraguan phewwww walaupon ibu is cuak pada mulanya - belasah jer la adik :)

5. DUIT BELANJA untuk kegunaan di sana. Memandangkan kami pergi ikut pakej makanya hanya perlu bawa duit untuk makan dan shopping for souvenirs (sekiranya nak :). Hotel dan makan pagi dah termasuk dalam pakej. Mesti korang nak tau berapa banyak kami tukar duit kan??? Kami bawa £500, €1,500 & Swiss Franc 100. All in semua dekat RM9k. Duit nie memang kitorang guna untuk makan dan beli souvenirs. 
6. MISC - Since negara2 yang akan dilawati kebanyakan toiletnya xder paip air, so please prepare water bottle @apa cara sekalipon to ensure kita ada air untuk sebarang urusan kecik dan besar :). As for us yang bawak anak kecik so pampers anak is a must sebab kat sana mahai sangat (sekiranya anak masih pakai pampers), international plug, slipper (senang nak g toilet untuk solat bila kat luar) dan simcard yang boleh dibeli kat vending machine di Heathrow Airport. Kami beli simcard kat online Hello1010 & valid for a month dengan 12GB data so memadai untuk kegunaan sepanjang disana sampai balik pon data masih banyak. Boleh jer kalau nak roaming Celcom (since kami guna Celcom) tapi cam x berbaloi plak sebab RM38/per day x 12 days, banyak gak tu. Kad yang kitorang beli nie satu RM140 jer valid sebulan dan 2 simcard baru RM280. Buatlah pilihan yang terbaikkkk !!! Pilihan di tangan anda.

Since semua dah ada, so let's enjoy the trip to the fullest ….

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Kami semua diminta untuk berkumpul di KLIA pada 25th Nov 2018 @6pm Kaunter M18 (kalau x salah) untuk group check-in luggage since kami akan menaiki Oman Air untuk ke London. @ last ibu berjaya juga untuk sediakan luggage seperti yang telah dipersetujui. Tadaaaaaa ….

Lepas selesai check-in, kami terus ke International Terminal untuk boarding. Sebelum tu solat jamak siap2 sebab nanti transit kat Muscat takut x sempat plak. Kami transit kat Muscat, Oman @12 am (agak2 sebab actual time x hengat) … Connecting flight to London kul 2 am. For those yang naik transit kat Muscat horror sikit sebab security check sampai kita nak boarding flight yer. Abis semua kena bukak setiap kali check (2 kali kalau x salah). Sib baik depan pintu flight dah xdak kalau x memang huru hara dibuatnya. Kitorang dijangka tiba di Heathrow Airport @5.15 am waktu London. Safe journey to us …..



Thursday, 5 July 2018

DAY 2


Hari ke-2 kami bermula seawal jam 8 pagi. Selepas breakfast ala kadar di hotel (yer ker ala kadar-ada nasi goreng cina, meehoon goreng versi cina, sayur2an, roti2an, buah2an, teh cina n air soya panas yg ku sangkakan susu panas) maka kami pon memulakan episod ronda sini ronda sana ...


Anakku bersemangat sekali ...

Destinasi pertama kami ialah SUMMER PALACE yang merupakan istana Maharaja China semasa Musim Panas. 

 

Pintu masuk ke Summer Palace ...

 

Guide kami sepanjang di Beijing ialah Mr Terry yang sangat fasih berbahasa Melayu Indonesia. Dia sepanjang masa pegang bendera hijau yang menunjukkan tour agency berkaitan serta muslim package. So, pls enjoy the momentos yang sempat dirakam di Summer Palace.

 

Atas jambatan dalam Summer Palace
Sayup jer gambo istana Maharaja sbb masih berkabus ....

Pavillion tempat org wat persembahan - kebetulan masa nie tgh berkumandang lagu Bollywood plak !

 

Mr Terry bagitau kat sini ada tasik buatan yang mmg dibina sebagai penghubung antara Summer Palace dan juga Forbidden City (Istana Maharaja sewaktu musim sejuk) .... so, bila berubah musim maka berpindahlah maharaja menggunakan jalan air ini. Best nyer maharaja ada istana ikut musim plak. Kat sini jugak ada banyak makcik2 tua yang beriadah for sure la Taichi kan. Orang Cina mmg kuat bersenam, sampai ke tua pon masih bersenam untuk kesihatan. Peringatan untuk diri sendiri yang bersenam setahun sekali opppssss :) 

 

 

Destinasi seterusnya ialah ke Fresh Water Pearl Center, dkt jer ngan Summer Palace nie ... Pearl yang dijual disini dihasilkan oleh tiram-tiram yg diternak kat tasik buatan di Summer Palace.

Penuh ngan kitorg jer hehhehe
Tiram-tiram yang diternak di sini
Nie la rupa tiram yg menghasilkan mutiara yg begitu cantik ini ... Based on penerangan yg diberikan, tiram2 nie bleh menghasilkan lebih kurang 30 Fresh Water Pearl x sama cam tiram yg kat laut ada satu pearl jer ...

 

Our next destination is kedai makan. Perut dah mula berkeroncong selepas separuh hari berjalan2 sambil2 menghabiskan duit menyumbang kepada ekonomi negara China :):) So, sek fan time la ek .... Jommmmsss

Nie la makanan yg kitorang kena makan tuk lunch hari nie ... nasi yg byk kanji dan lembik (boleh dikepal2 wat bebola nasi) Nasib baik ada masakan Malaysia (serunding n sambal bilis kentang) yg dibawa oleh wife Abg Malek ... thanks akak
Mcm bersemangat nak makan coz tgk makanan byk tp xleh nak masuk sgt ... maklumlah hari pertama makan masakan cina mmg betul2 cina ...


X tau apa nama lauk nie yang pastinya ialah ayam masak something, walaupon nampak ada cili, x pedas langsung ...
kat luar restaurant nie ada org jual kacang mcm bepang kat malaysia ... tp kat sini ianya dijual ikut kilo ...ayat famous yg seringkali digunakan oleh penjual2 nie (mcm mongolian) ialah rasa, rasa, rasa ....
Nie la rupa bepang  versi cina :)

Since semua dah kekenyangan, kami dibawa plak ke Pusat kajian Herba maka dptlah kitorang urut kaki percuma sponsored by the center tapi bukannya urut pun juz picit2 sambil nak promote beli ubat herba (promote @ paksa ek?) ... mulalah Dr2 cina nie akan bg consultation mengatakan kita sakit itu dan ini then soh beli ubat herba to cure the disease sehingga ke akar umbi lebih kurang camtulah ... selagi x beli selagi tulah dia x lepaskan kaki ... bila dah beli cpt2 dia habiskan urutan ... Lagi satu, patutlah atlet2 cina semua kuat2 coz byk makan herba cina yg terbukti telah melahirkan begitu byk atlet berwibawa spt Lin Dan kuang 3x

Bergambar di depan Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba) tempat wajib yang akan dibawa oleh tourist agency

Malamnya pula, kami dibawa untuk menonton pertunjukan akrobatik Cina yang memang dahsyat. Terpegun dengan kelembutan badan mereka2 semua tu ... Great performance !!!



Selesai persembahan kami dihantar ke hotel untuk berehat dan get ready untuk hari yang lebih mencabar keesokan harinya. Alhamdulillah penat tapi kita ENJOYYYY ...