Thursday, 5 July 2018

DAY 2


Hari ke-2 kami bermula seawal jam 8 pagi. Selepas breakfast ala kadar di hotel (yer ker ala kadar-ada nasi goreng cina, meehoon goreng versi cina, sayur2an, roti2an, buah2an, teh cina n air soya panas yg ku sangkakan susu panas) maka kami pon memulakan episod ronda sini ronda sana ...


Anakku bersemangat sekali ...

Destinasi pertama kami ialah SUMMER PALACE yang merupakan istana Maharaja China semasa Musim Panas. 

 

Pintu masuk ke Summer Palace ...

 

Guide kami sepanjang di Beijing ialah Mr Terry yang sangat fasih berbahasa Melayu Indonesia. Dia sepanjang masa pegang bendera hijau yang menunjukkan tour agency berkaitan serta muslim package. So, pls enjoy the momentos yang sempat dirakam di Summer Palace.

 

Atas jambatan dalam Summer Palace
Sayup jer gambo istana Maharaja sbb masih berkabus ....

Pavillion tempat org wat persembahan - kebetulan masa nie tgh berkumandang lagu Bollywood plak !

 

Mr Terry bagitau kat sini ada tasik buatan yang mmg dibina sebagai penghubung antara Summer Palace dan juga Forbidden City (Istana Maharaja sewaktu musim sejuk) .... so, bila berubah musim maka berpindahlah maharaja menggunakan jalan air ini. Best nyer maharaja ada istana ikut musim plak. Kat sini jugak ada banyak makcik2 tua yang beriadah for sure la Taichi kan. Orang Cina mmg kuat bersenam, sampai ke tua pon masih bersenam untuk kesihatan. Peringatan untuk diri sendiri yang bersenam setahun sekali opppssss :) 

 

 

Destinasi seterusnya ialah ke Fresh Water Pearl Center, dkt jer ngan Summer Palace nie ... Pearl yang dijual disini dihasilkan oleh tiram-tiram yg diternak kat tasik buatan di Summer Palace.

Penuh ngan kitorg jer hehhehe
Tiram-tiram yang diternak di sini
Nie la rupa tiram yg menghasilkan mutiara yg begitu cantik ini ... Based on penerangan yg diberikan, tiram2 nie bleh menghasilkan lebih kurang 30 Fresh Water Pearl x sama cam tiram yg kat laut ada satu pearl jer ...

 

Our next destination is kedai makan. Perut dah mula berkeroncong selepas separuh hari berjalan2 sambil2 menghabiskan duit menyumbang kepada ekonomi negara China :):) So, sek fan time la ek .... Jommmmsss

Nie la makanan yg kitorang kena makan tuk lunch hari nie ... nasi yg byk kanji dan lembik (boleh dikepal2 wat bebola nasi) Nasib baik ada masakan Malaysia (serunding n sambal bilis kentang) yg dibawa oleh wife Abg Malek ... thanks akak
Mcm bersemangat nak makan coz tgk makanan byk tp xleh nak masuk sgt ... maklumlah hari pertama makan masakan cina mmg betul2 cina ...


X tau apa nama lauk nie yang pastinya ialah ayam masak something, walaupon nampak ada cili, x pedas langsung ...
kat luar restaurant nie ada org jual kacang mcm bepang kat malaysia ... tp kat sini ianya dijual ikut kilo ...ayat famous yg seringkali digunakan oleh penjual2 nie (mcm mongolian) ialah rasa, rasa, rasa ....
Nie la rupa bepang  versi cina :)

Since semua dah kekenyangan, kami dibawa plak ke Pusat kajian Herba maka dptlah kitorang urut kaki percuma sponsored by the center tapi bukannya urut pun juz picit2 sambil nak promote beli ubat herba (promote @ paksa ek?) ... mulalah Dr2 cina nie akan bg consultation mengatakan kita sakit itu dan ini then soh beli ubat herba to cure the disease sehingga ke akar umbi lebih kurang camtulah ... selagi x beli selagi tulah dia x lepaskan kaki ... bila dah beli cpt2 dia habiskan urutan ... Lagi satu, patutlah atlet2 cina semua kuat2 coz byk makan herba cina yg terbukti telah melahirkan begitu byk atlet berwibawa spt Lin Dan kuang 3x

Bergambar di depan Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba) tempat wajib yang akan dibawa oleh tourist agency

Malamnya pula, kami dibawa untuk menonton pertunjukan akrobatik Cina yang memang dahsyat. Terpegun dengan kelembutan badan mereka2 semua tu ... Great performance !!!



Selesai persembahan kami dihantar ke hotel untuk berehat dan get ready untuk hari yang lebih mencabar keesokan harinya. Alhamdulillah penat tapi kita ENJOYYYY ...

Wednesday, 4 July 2018

Beijing Here We Come .... 

 

Ini merupakan trip pertama kami sekeluarga ke luar negara. Since ianya first trip, so kitorang decide nak ikut tour agency yang kami beli masa Matta Fair. Kami bertiga ke Beijing tahun 2010 dengan POTO Travel. Alhamdulillah percutian yang sangat mengujakan buat kami sekeluarga.

 

Trip: Beijing (7D6N)

Package: POTO Travel

Review: BEST !!!

 

Here comes the review ....

 

 

 

DAY 1

 

Hari nie akan bermulalah kembara kami ke bumi Allah China dan lebih spesifik ke Beijing, China. Alhamdulillah penantian yang agak lama akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Ayah, ibu dan Dalili yang sangat teruja serta dengan semangat nak bercuti yang berkobar2.

Kami menaiki flight Cathay Pacific dan transit di Hong Kong sebelum tukar flight China Airlines ke Beijing. 


Anakku dah xleh dok diam kat seat lagi ...

Selepas 8 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke airport Beijing lebih kurang jam 11.15 mlm. Alhamdulillah urusan di kaunter imigresen semuanya berjalan dengan lancar cumanya terpaksa menunggu lama since kaunter immigresen utk foreigners buka tiga buah jer. Pastu foreigners yang baru sampai ramai nyer Masyaallah. nak wat camner harung jer la. 

 

Dengan keadaan yang mengantuk teramat ditambah letih dalam perjalanan membuatkan semua x sabar2 nak cepat ke hotel. Selesai semua urusan imigresen, tunggu bas then bergerak ke hotel di tengah2 kota Beijing. Kitorg bermalam di Yi Hai Business Hotel, Beijing. Hotel nie sangat OK tapi x gayung / paip air la ... so, pandai2 la fikirkan modus operandi nak guna apa sbg gayung. Kami dah standby .... Ceritera hari pertama kami selesai di sini bila semua dpat bilik untuk tidur ... apalagi tido la esok citer lain ... sambung next entry yer !!!

 


Assalamualaikum wbt & greetings from us lil BIG family hahhahah .... Hi guys & gals ... People called me Along, Atie & few other names related. Along dah lama buat blog nie tapi baru sekarang ada masa untuk nak share all those beautiful memories & happy moments sepanjang kami berkelana di bumi Allah dalam blog ini insyaallah. Selagi terdaya Along akan make sure kemana-mana pon, we will be together as lil BIG family. Naper lil BIG ??? Sebab family kami kecil tapi semua BIG size hahhahaha esp ayah & ibu. Insyaallah harap-harap tahun baru Islam yang dah makin menghampiri, dengan semangat yang baru untuk rajin membuat entry, Along akan cuba untuk share stories dengan semua yer ....  Wish me luck !!!