Wednesday, 4 July 2018

Beijing Here We Come .... 

 

Ini merupakan trip pertama kami sekeluarga ke luar negara. Since ianya first trip, so kitorang decide nak ikut tour agency yang kami beli masa Matta Fair. Kami bertiga ke Beijing tahun 2010 dengan POTO Travel. Alhamdulillah percutian yang sangat mengujakan buat kami sekeluarga.

 

Trip: Beijing (7D6N)

Package: POTO Travel

Review: BEST !!!

 

Here comes the review ....

 

 

 

DAY 1

 

Hari nie akan bermulalah kembara kami ke bumi Allah China dan lebih spesifik ke Beijing, China. Alhamdulillah penantian yang agak lama akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Ayah, ibu dan Dalili yang sangat teruja serta dengan semangat nak bercuti yang berkobar2.

Kami menaiki flight Cathay Pacific dan transit di Hong Kong sebelum tukar flight China Airlines ke Beijing. 


Anakku dah xleh dok diam kat seat lagi ...

Selepas 8 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke airport Beijing lebih kurang jam 11.15 mlm. Alhamdulillah urusan di kaunter imigresen semuanya berjalan dengan lancar cumanya terpaksa menunggu lama since kaunter immigresen utk foreigners buka tiga buah jer. Pastu foreigners yang baru sampai ramai nyer Masyaallah. nak wat camner harung jer la. 

 

Dengan keadaan yang mengantuk teramat ditambah letih dalam perjalanan membuatkan semua x sabar2 nak cepat ke hotel. Selesai semua urusan imigresen, tunggu bas then bergerak ke hotel di tengah2 kota Beijing. Kitorg bermalam di Yi Hai Business Hotel, Beijing. Hotel nie sangat OK tapi x gayung / paip air la ... so, pandai2 la fikirkan modus operandi nak guna apa sbg gayung. Kami dah standby .... Ceritera hari pertama kami selesai di sini bila semua dpat bilik untuk tidur ... apalagi tido la esok citer lain ... sambung next entry yer !!!

 

No comments:

Post a Comment