Sunday, 30 December 2018


DAY 4 - PARIS
GOOD MORNING PARIS !!!

Selamat datang ke Kota Romantika D'Amor Paris. Selain Eiffel Tower, Seine River, Champs-Elysees & Arch de Triumph xder apa yang menarik bagi kami. Mungkin sebab kitorang nie bukannya peminat fesyen makanya x begitu excited sangat la kot. Apa2 pon we really enjoy the great scenery.

Pagi nie dimulakan dengan penjelajahan Kota Romantika D'Amor Paris. Kami berpeluang melawat dan berposing sakan kat Eiffel Tower. Guys, please be extra careful when u are in Paris. Kat Eiffel Tower penuh dengan pengutip derma, diorang akan tanya kita "Do you speak English?" buat bodoh dan blah terus jangan jawab apa2 sebab once you dah engage ngan diorang macam2 kemungkinan boleh berlaku. Samada dikelilingi oleh diorang dan akan ada tangan kecil meraba sling bag kita tanpa kita sedari atau macam2 lagi cara yang x terfikir dek akal. Niat kita baik nak derma tapi malang x berbau mungkin menanti kita, apalagi kalau bukan duit kita bakal hilang OMG !!! So please take care of your belongings ya guys. ENJOY the scenery ….
LV Boutique @ Paris
Arch De Triumph
Sebenarnya kami sekumpulan sangat2lah bernasib baik coz ada rusuhan di Paris dua hari selepas tu. Time tu kami dah di Amsterdam dan tahu pasal rusuhan nie through news. Allahu kat tempat nie la jugak diorang merusuh secara besar-besaran kerana membantah kenaikan cukai harga minyak dan kos sara hidup. Sekurang-kurangnya Malaysia masih aman walaupon minyak memanjang naik tapi kita masih bertamadun. Bukannya apa kalau sampai tahap merosakkan harta benda xker lepas tu nak kena buat pembaikan semula serta memerlukan peruntukan yang amat tinggi. Nak amik mana duit nak repair kalau x daripada kenaikan harga minyak tu jugak la. So hadap jer la. 
 

Arch De Triumph merupakan Pintu Gerbang yang menghubungkan 12 jalan utama menuju ke bulatan besar ini. Kami pon x boleh stop lama kat sini. Kami ada masa 30 minit jer untuk posing maut bagai 😆😆 cukuplah tu setakat mana yang ada.


The Great Eiffel Tower
US @ Eiffel Tower
Pandangan sisi ntah apa2 😃😃😃
Lepas Eiffel Tower kami dibawa ke Gallerie La Fayyette. Tempat nie bukannya untuk orang kebanyakan cam kami so masuk dan jalan ajer ler. Semuanya barangan berjenama antarabangsa dan sudah pastinya mewah. Rasanya x semurah cam Bicester Village kot. Jalan-jalan cuti mata @ orang kampung ibu kata window shopping 😄😄😄

Nak jugak melompat 
Dayyan xder dalam gambar 
Ibu & Adik
Ayah dengan posing sengetnya
Me & my daughter Dalili muka dah boring
Galleries La Fayettes (Ladies)
Galleries La Fayettes nie ada dua blok kalau x salah … sebelah untuk ladies dan sebelah lagi untuk  gents (hermes) 😄😄😄 kami masuk pusing kat tempat ladies jer pastu terus keluar. Tak berminat nak beli apa2 pon.

Dayyan bersama Christmas Present
Abis berjimba di La Fayettes kami dibawa untuk solat kat masjid di area dekat2 sini jugak. Lupa nak bagitau, sepanjang travel nie mostly kami makan kat kedai Turki so apalagi kalau bukan kebab. Kekadang tu siap tapau untuk makan malam skali kalau rasanya super sedap. Kalau kebetulan ada nasi lagilah extra mark. Sangatlah Malaysian kan sebab kita ngan nasi x dapat dipisahkan umpama lagu dan irama gitewwwwww.

Lepas solat jamak kami trus gerak ke Seine River untuk menaiki Romantic Cruise. Lama jugak la cruise nie ingatkan kejap jer. Kenapa rasa lama? Sebab sejuk sangat2 walaupon dah pakai berlapis2. Apa2 pon view Eiffel Tower @ nite adalah super magnificent. Dengan lampu glitters cantik sangat !

Shot dari dalam bas 
Sendiri shot memang blur la 
Ganggu betoi la couple mat saleh nie
Abis jer cruise naik bas trus dibawa balik sarang kat outskirt Paris 😄😄😄. Satu pengalaman manis buat kami semua especially the cruise la.





No comments:

Post a Comment