GOOD MORNING LONDON !
Pelakon: Ayah, Ibu, Dalili, Dayyan & Darwisy 👪👫
Alhamdulillah syukur kami selamat sampai di London @5.15 am. Menunggu untuk immigration clearance then terus ke toilet untuk pakai long john for those yang belum pakai. Kenapa? Kerana lepas nie kitorang akan terus ke Bicester Village. Apa nie sampai2 terus shopping ker? Hahahahha gitew la nampak gayanya. Suhu disana hari nie adalah 7ºC dan ⛅☔ dijangka hujan juga.
 |
| Baru sampai Heathrow posing dulu sebelum tukar attire yang sepatutnya :) |
 |
| Muka ada happy … Get ready for the upcoming excitement |
 |
Ayah & Darwisy
 |
Posto posto :)
|
|
 |
| Si kecik yang kesejukan … Tengah dok tunggu bas |
Kitorang dah get ready nak keluar nie. Kat dalam OK lagi, bila keluar jer dari airport terus menggeletar. Walaupon 7ºC sejuknya lain macam dan beragin jugak. Then kami trus ke Bicester Village perjalanan hampir 2 jam jugaklah dengan traffic nyer lagi kan. Sampai jer kat sana elok2 buka, boleh dikatakan kitorang rasmikan jugaklah. Nak juga mengaku walaupon dah ada beberapa ketul manusia kat sana :)
Kat sini lebih mencabar kerana kesejukannya terasa sampai ke tulang hitam ditambah pulak dengan angin pagi adoiiii. Sejuk yang teramat sehingga si kecik yang selalunya akan riuh rendah trus diam x berkutik dalam stroller sepanjang ibu pusing2 survey outlet2 yang menarik. Camner ibu boleh perasan adik sejuk ek?? Mana xnya bila ibu tolak jer stroller masuk dalam outlet barulah dengar suara adik. Sian kat adik yer …. Sepatutnya ibu dukung jer adik guna carrier malangnya carrier dalam luggage kat perut bas uwaaaa. Ibu ingat lagi senang guna stroller, tapi bila suhu sejuk melampau nie SSC lagi bagus rasanya. @least anak akan rasa panas ibu so x sejuk sangat. From tomorrows onwards ibu guna SSC yer.
 |
| @ Bicester Village … Nampak x ramai yang queue up untuk masuk Gucci Boutique |
 |
| Ayah yang menahan kesejukan |
 |
| US get ready nak balk ke bas dah …. letih + sejuk (Si kecik ibu tengah tido) |
Kami diberi masa sampai jam 1.30pm untuk shopping kat sini. So sempatlah nak lunch, window shopping & shopping sampai lemau kalau berhajat. Kalau nak tengok perkampungan Malaysian kat Bicester Village nie silalah masuk butik Clarks, Cath Kidston, Coach, Fossil, Kate Spade & MK. Butik lain pon adalah jugak tapi xlah seramai butik yang kat atas tu. Memang rasa cam Clarks kat Mitsui jer :)
Review untuk Bicester Village, kebetulan time kami kat sini ada Black Friday Sale (BFS) so memang langkah kanan la. Berbaloi beli sebab discount up to 70% which is xkan dapat harga seumpama tu kat mana2 premium outlet kat Malaysia. Cumanya untuk Coach mungkin x semurah yang lain sebab Coach US product but still murah berbanding butik di Malaysia (ini based on apa yang dibagitau oleh Malaysian yang keja kat UK, jumpa dalam butik Coach). Apa2 pon kalau teringin nak beli silalah. Bukannya kita datang sini tiap2 tahun, terpaksa menabung nak dapat sampai ke sini pon :)
Abis jer shopping kat sini kami terus dibawa ke hotel penginapan kitorang malam nie Travelodge Heathrow Central, Bath Road. Balik sarang yer ….. Jumpa esok !!!
No comments:
Post a Comment